YAB PERDANA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN MUFTI BESAR INDIA

71
SHARES
229
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbesar hati menerima kunjungan Mufti Besar India dan juga Pengasas Jamia Markaz, Kerala, India Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kunjungannya, Syeikh Abu Bakar dijangka akan menghadiri beberapa sesi majlis ilmu termasuk Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan 22 Julai 2023 di Putrajaya yang akan turut disertai oleh YAB Perdana Menteri.

Tahun lalu beliau pernah diundang oleh Syeikh Abu Bakar ke Jamia Markaz yang dipimpinnya yang terletak dalam bandar ilmu, Markaz Knowledge City di Kozhikode, Kerala. YAB Perdana Menteri berada di sana selama hari bagi menekuni beberapa inisiatif pembangunan umat, selain meluangkan masa menyantuni anak-anak yang menuntut di sana.

YAB Perdana Menteri juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas Syeikh Abu Bakar dan semoga dengan kehadirannya kali ini dapat dimanfaatkan oleh semua, khususnya dalam bidang kepakaran As-Syeikh mengenai kitab Sahih al-Bukhari.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts