KARNIVAL FELDA MADANI DI FELDA KEMAHANG 2, SALURKAN MAKLUMAT TEPAT, SAHIH

76
SHARES
245
VIEWS

Lebih 1,000 warga Felda Kemahang 2, Tanah Merah, Kelantan telah memeriahkan Karnival Felda Madani pada hari ini yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri. Karnival ini adalah dengan kerjasama Yayasan Prihatin selaku rakan strategik, turut menampilkan selebriti terkenal tanahair iaitu Mawi yang juga anak jati FELDA.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah J-KOM. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Ketua Eksekutif Yayasan Prihatin, Pengerusi Yayasan Mahsari, Timbalan Pengarah Felda Wilayah Gua Musang dan Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah.

Program ini diadakan dengan tujuan murni untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan pada hari ini agar khalayak sasaran mendapat maklumat yang tepat dan sahih di samping mengukuhkan jalinan komunikasi dengan masyarakat setempat. Felda Kemahang 2 merupakan destinasi ke-3 dalam siri jelajah bagi program ini untuk tahun 2023.

Di antara aktiviti yang diadakan dalam program ini adalah ceramah keagamaan, persembahan dikir barat, gerai jualan, pertandingan mewarna dan menghias kek. Semoga program bermanfaat sebegini dapat diteruskan ke seluruh negara bagi memastikan rakyat tidak dikelirukan dengan pelbagai maklumat salah dan tidak sahih – yang sengaja dicipta oleh sekumpulan ahli politik kecewa bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts