PMX TARIK PELABUR GLOBAL, PACU PERSEKITARAN NIAGA LEBIH BAIK

336
SHARES
2k
VIEWS

1. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada para pelabur global yang berminat untuk masuk ke Malaysia bahawa negara ini sedang giat melaksanakan pembaharuan sewajarnya sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik buat mereka.

2. Kerajaan juga sedang berusaha untuk memperbetul kesilapan lampau yang menyebabkan kemajuan serta pembangunan sosioekonomi Malaysia terjejas selepas meraih kemajuan berdekad-dekad lamanya.

3. Ulas Perdana Menteri, selain era pandemik, pertumbuhan ekonomi Malaysia menyaksikan penurunan ketara bermula dari tahun 1998, begitu juga angka pelaburan yang menyusut berbanding peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak beberapa tahun lalu, selain kekangan sumber ekonomi baharu yang tidak ketara akibat ketidak seimbangan aktiviti ekonomi domestik dan global di Malaysia.

4. Sehubungan itu, selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, beliau berkata apa yang jelas adalah pentadbiran beliau tiada pilihan kecuali bertindak melakukan penstrukturan semula terhadap Malaysia melalui tiga keutamaan iaitu memperkukuh tadbir urus negara, menstruktur semula ekonomi dan membuka jalan bagi masa depan Malaysia.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts