THAILAND-MALAYSIA ERATKAN HUBUNGAN PERDAGANGAN, PELABURAN DAN PELANCONGAN

341
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepakat bagi memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelancongan ketika bertemu di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada Khamis.

Jurucakap kerajaan Thailand, Chai Watcharong berkata kedua-dua negara itu telah bersetuju bahawa mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala seterusnya perlu diadakan tidak lama lagi demi menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Thailand pada masa yang sama turut mencadangkan penganjuran satu mesyuarat sektor perniagaan bagi membincangkan cara untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan bagi meningkatkan kerjasama antara kedua negara.

Kedua-dua Perdana Menteri juga berikrar untuk bekerjasama mempromosikan pelancongan antara kedua-dua negara memandangkan rakyat Malaysia mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand tahun ini, dengan lebih 3 juta ketibaan.

Sebagai rekod, kunjungan Perdana Menteri Thailand itu turut disertai para delegasi daripada kedua-dua negara yang membuka peluang memperkukuh kerjasama sedia ada sambil meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu, bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

Delegasi juga berkesempatan membincangkan pelbagai isu lain termasuk melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts