AB JALIL BACKER: KENYATAAN LIM MENGHINA KEMERDEKAAN

406
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Ab Jalil Backer

31 Ogos 2018

Kemerdekaan negara diperolehi oleh masyarakat Melayu dan pribumi lain dengan sokongan persaudaraan Islam serantau.

Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah orang yang menyempurnakan satu perjuangan panjang menuntut kemerdekaan yang telah dimulakan sejak 1511.

Perjuangan kemerdekaan dibantu oleh peniaga Arab dan India muslim

Sejarah perjuangan kemerdekaan negara juga telah mencatatkan perjuangan ini banyak dibantu oleh para pedagang dan peniaga Arab dan India muslim.

Mereka telah membiayai majalah-majalah dan akhbar anti penjajah dan memberi sumbangan kepada gerakan kemerdekaan.

Kenyataan Lim menghina perjuangan kemerdekaan negara sebenar

Justeru untuk orang seperti Lim Guan Eng membuat kenyataan menggambarkan seolah-olah baru sekarang rakyat benar-benar merasai kemerdekaan adalah satu kenyataan yang menghina perjuangan kemerdekaan negara sebenar.

Ia seolah-olah memperkecilkan kemerdekaan negara pada 1957 yang diperjuangkan selama beratus tahun; dan membesarkan perubahan parti pemerintah.

Kemerdekaan berbeza dengan demokrasi

Menukar parti pemerintah bukan sebuah kemerdekaan, ia hanya sebuah proses demokrasi. Sudah tentu orang seperti Guan Eng tidak akan memahami erti kemerdekaan tanah air.

Nota Kaki:

1. Komunis tidak berjuang untuk kemerdekaan negara mereka berjuang untuk ideologi komunis yang dipimpin oleh Tanah Besar China.

2.Benar ada Melayu tersalah percaya kepada komunis dan menyertainya, namun ia bukan menjadikan Parti Komunis Malaya sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan.

Asas penubuhan dan kiblat mereka ialah Peking bukan Tanah Melayu.

Jadi jangan buang masa dalam garis masa saya mempertahankan perjuangan komunis.

(Dipetik dari laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts