MALAYSIAKINI: HARGA BARANGAN MASIH KEKAL

102
SHARES
330
VIEWS

Menurut berita di Malaysiakini, hari pertama pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyaksikan kebanyakan barangan terutama barangan keperluan tidak mengalami peningkatan.

Malaysiakini turut menggunakan tinjauan oleh Bernama untuk menunjukkan harga barang tidak berubah walaupun SST telah dimulakan pada hari ini.

Antara hujah mereka ialah;

Masih terlalu awal untuk memperkatakan kesan SST terhadap harga barangan kerana peniaga masih menjual barangan stok lama yang tidak dikenakan cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang telah dimansuhkan sejak tiga bulan lalu, sekaligus pelaksanaannya masih belum memberi impak kepada pengguna setakat ini.

Tinjauan dan pemantauan yang dilakukan sepatutnya dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Ini kerana kemungkinan peniaga dan pemborong telah menaikkan harga dari awal untuk mengelakkan dikesan apabila ‘tinjauan hari pertama’ dilakukan.

Tinjauan juga sewajarnya tidak perlu mengambil kira makluman daripada peniaga yang tentunya akan ‘melindungi kenaikan harga’ mereka dengan kemungkinan menaikkan harga secara perlahan-lahan untuk mengelakkan dikesan.

Dikhuatiri rakyat telah dipermainkan oleh peniaga-peniaga tamak yang telah sekian lama memanipulasi harga barang dan perkhidmatan namun menyalahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tentunya mereka akan mengambil peluang yang sama melalui SST.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts