ANWAR SAMBUT KETIBAAN MARCOS JR, TINGKATKAN PERDAGANGAN, PELABURAN

74
SHARES
238
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Filipina TYT Ferdinand Marcos Jr di Bangunan Perdana Putra petang semalam. YAB Perdana Menteri juga sempat menunjukkan keindahan pemandangan sekitar Putrajaya kepada Presiden Marcos Jr.

Mereka berdua kemudiannya mengadakan pertemuan bagi membincangkan beberapa perkara untuk menyemarakkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut, mereka bertekad agar kedua-dua negara memberi penekanan kepada isu perdagangan dan pelaburan yang mempunyai potensi besar ditingkatkan melalui kerjasama antara komuniti perniagaan Malaysia dan FIlipina.

YAB Perdana Menteri percaya, adalah penting agar kedua-dua negara juga menerokai peluang ekonomi dalam industri halal sebagai usaha memperkukuhkan hubungan dagangan bersama.

Dalam sidang media bersama, beliau turut menyentuh kepentingan potensi industri halal berkaitan isu pensijilan halal sementelahan perlunya ada tindakan untuk memastikan supaya industri ini boleh menembusi pasaran ke Asia Barat.

Nescaya, Malaysia mengambil pengalaman akan tindakan Filipina meningkatkan sektor ekonomi pasca Covid-19 di bawah kepimpinan Presiden dan ini akan mengukuhkan kolobrasi hubungan dagangan dua negara.”

Semoga hubungan Malaysia-Filipina terus utuh dan kukuh dalam mendepani tantangan perubahan teknologi dan ketidaktentuan ekonomi global, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts