KERAJAAN BERI PERUNTUKAN RM5 JUTA BAIKI KEROSAKAN FASILITI PENDIDIKAN MARA PAHANG

66
SHARES
212
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan hadir ke program Temu Anwar bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kuantan sambil diapit Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Dalam sesi soal jawab, YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan RM5 juta bagi membaiki semua kerosakan yang terdapat di fasiliti-fasiliti pendidikan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negeri Pahang.

Beliau percaya peruntukan khas itu perlu kerana adalah tidak wajar negara terus memacu pertumbuhan ekonomi, tanpa menjamin keselesaan pelajar-pelajar menjalani pendidikan.

YAB Perdana Menteri juga menggesa agar generasi muda lebih cakna dan bijaksana dalam membuat penilaian input atau maklumat yang diterima menerusi platform media sosial serta tidak terus menerimanya tanpa usul periksa atau disemak terlebih dahulu.

Ini kerana disebabkan penggunaan media sosial ialah keperluan yang penting maka golongan anak muda perlu dilatih untuk memanfaatkan kemudahan yang diberi, dalam masa yang sama tidak menyalahgunakannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts