AHLI, PENYOKONG UMNO JANGAN TERPENGARUH DENGAN PERANG SARAF MAHU SINGKIRKAN ZAHID

346
SHARES
2k
VIEWS

Banyak juga komen yang aku baca, mereka tidak mahu mengundi Barisan Nasional – Pakatan Harapan, kerana tidak sukakan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Akupun tidak tahu sebab apa, kerana pada dasarnya DS Zahid sama seperti pemimpin-pemimpin lain.

Semua ini mengingatkan aku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Ketika itu sentimen anti Najib begitu kuat. Malah ia lebih teruk daripada serangan ke atas DS Zahid hari ini. DS Najib diserang oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Sekarang, DS Najib disanjung dan diangkat kembali. Berbeza dengan situasi sebelum PRU-14. Beliau lebih populär daripada dahulu walaupun beliau tidak lagi Perdana Menteri dan kini merengkok dalam penjara.

Jadi, apa yang aku dapat simpulkan dalam keadaan ini, ramai rakyat sebenarnya terikut-ikut dengan apa yang orang ramai perkatakan tanpa mengetahui kebenaran, sehingga ia menjadi sentimen semasa.

Cuba fikir balik, apakah kesalahan dan keburukan DSZH yang membuat anda begitu marah? Jawab dengan jujur, adakah kerana membawa UMNO bersama PH? Itu adalah antara pilihan yang ada, dan aku sendiri menyokongnya atas alasan-alasan yang pernah aku tuliskan sebelum ini.

Tetapi kenapa pula pemimpin-pemimpin lain seperti Mahiaddin tidak mendapat penentangan daripada anda, sedangkan beliau juga terpalit dengan kes mahkamah?

Belajarlah daripada kes DS Najib dahulu. Beliau ditentang kerana beliau adalah Presiden UMNO, sama seperti DS Zahid sekarang.

Aku faham jika yang menentang itu adalah penyokong parti lawan, tetapi aku tidak boleh hadam kenapa penyokong UMNO sendiri boleh terpengaruh dengan perang saraf parti lawan ini.

UMNO tidak akan tumbang kerana Presiden, tetapi UMNO akan tumbang jika para penyokongnya tidak lagi setia dan mempertahan Presiden. Presiden yang sebaik DS Najibpun tumbang kerana tidak dipertahankan dan tidak mendapat sokongan ahli-ahli. 

Anda, penyokong UMNO, jika anda tidak mengundi UMNO (BN-PH) kerana tidak mahukan DS Zahid, hakikatnya anda bukan sahaja ‘menguburkan’ beliau, tetapi juga UMNO.

Fikirlah, jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Jusoh Gobek

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts