YAB PERDANA MENTERI BERTEGAS SISTEM KUOTA IPT TIDAK WAJAR DIMANSUH

73
SHARES
235
VIEWS

1. Isu sistem kuota vs meritokrasi dalam penerimaan pelajar ke IPT bukanlah suatu hal yang mempunyai “kaedah penyelesaian mudah atau pantas” (quick fix solution).

2. Meritokrasi (sistem yang menentukan kelayakan berdasarkan kebolehan atau merit) sememangnya perlu diamalkan di negara ini di mana pelajar terbaik disokong selayaknya tanpa mengira kaum, namun ia tidak harus dijadikan sebagai undang-undang bagi menggantikan sistem kuota sedia ada.

3. Meritokrasi adalah hujah yang pincang jika tidak berbicara soal keadilan, kerana masih terdapat jurang besar antara sekolah, contohnya antara sekolah bandar yang lengkap kemudahannya dan sekolah luar bandar yang daif atau sekolah miskin.

4. Sekiranya terdapat pelajar yang merasakan tidak dilayan dengan adil kerana tidak mendapat tempat di IPT meskipun memiliki keputusan cemerlang, rayuan boleh dikemukakan dan hal itu akan diteliti secara kes demi kes, lebih-lebih lagi bukan semua pelajar yang bukan Melayu atau Bumiputera datang dari keluarga senang, bahkan tergolong dalam keluarga susah.

5. “Kami akan mencuba sehabis baik dan memberikan mereka tempat. Inilah pendirian saya” (We will try our level best to consider and take them. This is my position).

6. Namun, ia tidak harus sehingga membatalkan sistem kuota, yang akan mencetuskan huru-hara di negara ini.

7. “Tindakan afirmatif” sebenarnya turut dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat bagi membantu golongan yang dianggap ketinggalan dan tersisih, agar jurang antara kaum tidak melebar yang akan mendatangkan kesan buruk kepada mobiliti sosial.

8. “Jangan salah faham, anak-anak saya yang Cina, India, tolong faham. Saya bersama anda. Saya bersama anda.” (disambut tepukan hadirin).

9. “Bila saya dipenjarakan, ramai yang bantu saya: Melayu, Cina, India. Sekarang saya Perdana Menteri, kamu ingat saya boleh lupa ini? Saya takkan lupa bahawa dalam keadaan saya paling susah, orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, mereka tunjukkan simpati dan sokongan.

10. “Sekarang saya Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan keadilan kepada semua.”

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Rujuk video ucapan YAB Perdana Menteri tersebut di pautan berikut; https://fb.watch/mgw7xMqEDU/?mibextid=Nif5oz

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts