EKONOMI MADANI BUKTI KERAJAAN DI LANDASAN TEPAT

335
SHARES
2k
VIEWS

1. Kemampuan Kerajaan Perpaduan dalam mendepani kemelut politik dan ekonomi sejak penghujung 2023 pernah dipertikaikan banyak pihak, baik daripada pembangkang mahupun daripada anggota parti kerajaan sendiri.

2. Tetapi sejak kebelakangan ini, khususnya selepas pembentangan 10 Inisiatif Ekonomi Madani oleh PMX, nada dan ‘rating‘ keyakinan terhadap keupayaan Kerajaan Perpaduan meningkat secara drastik.

3. Saudara Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan yang giat mengkritik sebelum ini dalam rancangan podcast ‘Keluar Sekejap’ sudah mula mengiktiraf rancangan ekonomi Kerajaan Perpaduan sebagai antara inisiatif ekonomi yang terbaik pernah disaksikan oleh Malaysia.

4. Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO yang sebelum ini juga agak kritikal pandangannya, baru-baru ini menyatakan keyakinan beliau terhadap Kerajaan Perpaduan. “Semalam bila saya tengok hala tuju ekonomi yang dibentang oleh Perdana Menteri kita, saya tengok jika PH dan BN ini boleh bersama-sama kekal bersahabat untuk 10 tahun akan datang, saya percaya 10 inisiatif ekonomi pasti akan tercapai” kata beliau seperti dipetik media.

5. Apakah maksudnya ini semua? Ia bermaksud Kerajaan Perpaduan ini semakin stabil dan kuat meskipun diasak dan difitnah dengan pelbagai tuduhan dan kecaman oleh pihak-pihak yang kemaruk kuasa.

6. Ini bermaksud Kerajaan Perpaduan sedang menuju ke titik keseimbangan dalam garis spektrum politik, yang sekali gus akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts