1. Dalam Temu Anwar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, seeorang pelajar bertanya bilakah sistem kuota akan dihapuskan dan digantikan dengan meritokrasi?
2. PMX memotong soalan tersebut kerana panjang meleret.
3. Saya menonton video ini. Pelajar tersebut tidak sepenuhnya bersedia, malah gagal membaca catatannya dengan baik. Ini merugikan masa dan sebab itulah PMX menghentikan ucapannya.
4. Pembangkang menuduh tindakan PMX ini sebagai kasar dan membuli.
5. Apa jawapan PMX terhadap pertanyaan pelajar tersebut? PMX menekankan sistem kuota akan kekal kerana terikat dengan kontrak sosial, Perlembagaan dan menegaskan menyokong pemansuhan sistem itu akan mencetuskan kekacauan.
6. Jawapan ini mengecewakan pembangkang kerana tidak mendapat peluru untuk mendakwa PMX sebagai anti-Melayu. Kalaulah PMX tidak mempertahankan kuota Bumiputera ini, tentu penuh Padang Merbok.
7. Gagal mengeksploitasi isu ini, Perikatan Nasional menuntut mana janji PM “anak Iban, anak Kadazan, anak Melayu, Cina, India anak saya.”
8. Sikap PN sudah terbalik. PN parti rasis di negara ini. Bangsa dan agama merupakan dua perkara yang mereka tunggang untuk mendapat sokongan Melayu. Mereka sibuk dengan proklamasi Melayu, kata Melayu terancam.
9. Tetapi apabila PMX tegas mempertahankan keistimewaan orang Melayu dan sistem kuota, mereka kritik PMX pula sebagai tidak demokratik dan tidak terbuka. Tidak terbuka bagaimana jika PMX berani berhadapan dengan pelajar dan menerima soalan secara langsung dari mereka.
10. Saya tidak faham apa masalahnya dengan PN ini? Apa sahaja yang PMX buat baik itu jumpa pelajar, jawab soalan pelajar, beri bantuan kepada pelajar, mereka ‘spin‘ dan tetap cuba untuk mencari kesalahan PMX. Biasanya sikap seperti ini hanya ada pada jiwa yang kacau.
11. Persoalannya, bagaimana pula pendirian PN dengan sistem kuota ini? Adakah mereka akan hapuskan sistem ini jika berkuasa? Sepatutnya pemimpin PN juga nyatakan pendirian mereka. Tetapi beranikah mereka?
12. Saya percaya tidak, malah hendak bertemu dengan pelajar secara bersemukapun tidak berani. Jika beranipun akan ada dua senario. Pertama, seorang bertemu dengan pdf., dan seorang lagi tanya lain jawab lain. Kedua, dalilnya akan lain bila berdepan dengan Melayu dan dalil lain pula bila berdepan dengan bukan Melayu.
13. Adakah dakwaan PMX ‘buli’ pelajar ini memberi kesan kepada PH-BN dalam PRN ini? Tentunya tidak. PH-BN telah ‘memacakkan’ Kerajaan Perpaduan di landasan yang betul. Rakyat juga tidak ada alternatif lain kerana memilih PN untuk memerintah bererti memilih kemunduran.
14. Jadi, perlukan sistem kuota ini dikekalkan? Seperti kata PMX, Perlembagaan telah jelas memaktubkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu, dan sistem kuota ini ialah salah satu dari keistimewaan tersebut yang tidak boleh dipinda tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.
Ikuti penjelasan penuh beliau di pautan berikut; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02b6LZhk91Ns5LhiHANMejz5CZ4uDfDdURs77Rh5ogMiSwPs1RwHym2t4ZS9ZGzqc6l&id=1324102718&mibextid=Nif5oz