Lim Sian See
“Cry baby” rupanya. Peguam beliau kata, “menantu Muhyiddin disasarkan tanpa mengikut undang-undang dan atas sebab itu, dia telah mengalami kerosakan yang tidak terkira dan berada di ambang kehancuran kewangan“.
“Reputasinya rosak teruk. Secara peribadi, beliau mengalami penderitaan mental dan trauma. Keluarganya terus menderita,”
Ya ke itu? Belum didakwapun. Masa dapat projek berbilion ketika bapa mertua kamu buat darurat, kamu tidak cakap macam itu. Cuba bandingkan apa yang kamu sedang melalui dengan apa yang Atok dan bapa mentua kamu kenakan Najib.
1. Rumah diserbu untuk seminggu. Lorong ke rumahnya dikawal sebulan. Rumah ibu turut diserbu ketika Najib berada di mahkamah.
2. Dikenakan 12 kes mahkamah berasingan.
3. Semua harta dia dirampas dan disekat selama 3 tahun.
4. Akaun-akaun bank Najib dibeku termasuk akaun semua anak beliau dan isterinya.
5. Dikenakan tindakan bankrap oleh LHDN.
6. Diserang bertubi-tubi oleh semua media dikawal kerajaan untuk tempoh 5 tahun.
7. Dua peguam Najib turut didakwa kerajaan dengan kes jenayah dalam cubaan untuk menghalang mereka membela Najib.
Tiada pula Najib pernah mengadu beliau mengalami kerosakan yang tidak terkira, berada di ambang kehancuran atau mengadu mengalami penderitaan mental dan trauma.
Tiada.
Malah Najib bangkit semula secara bersendirian dengan berbekal Facebook, fakta, data dan logik untuk lawan dan tumbangkan Atok serta bapa mentua kamu di samping mempertahankan partinya ketika ramai lagi membisu atau sudah melarikan diri.
Kini, Najib yang sudah duduk hampir setahun dalam penjara akibat penganiayaan Atok dan bapa mentua kamupun masih belum mengadu beliau mengalami penderitaan mental dan trauma.
Malah Najib tetap tersenyum apabila ke mahkamah kerana beliau percaya dirinya tidak bersalah. Berani kerana benar.