TUNAIKAN KEWAJIPAN SEBAGAI PENGUNDI, RAIKAN DEMOKRASI

335
SHARES
2k
VIEWS

1. Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti, hari membuang undi untuk PRU DUN ke-15 bagi 6 negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selain PRK Kuala Terengganu.

2. Bagi PRU DUN ke-15, SPR membuka 3,190 pusat mengundi yang mengandungi 17,048 saluran mengundi untuk 9.67 juta orang pemilih di 6 negeri, dibantu 153,760 petugas bagi melancarkan proses pengundian.

3. Bagi PRK Kuala Terengganu pula, 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran mengundi dibuka untuk 122,160 orang pemilih, dibantu 1,995 orang petugas.

4. Pusat mengundi dibuka dari jam 8 pagi sebentar lagi sehinggalah jam 6 petang nanti.

5. Tunaikanlah tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat anda. Keluarlah mengundi, jangan culas. Buatlah pilihan yang bijaksana setelah membuat pertimbangan secara sedalam-dalamnya, demi masa depan negeri masing-masing.

Tegak adat rakyatpun damai
Pemimpin tegak bersanding bahu
Rosak adat rakyat berkecai
Pemimpin bengak rakyat berseteru

Kalau hendak memilih cincin
Pilihlah cincin seukuran jari
Kalau awak memilih pemimpin
Pilih pemimpin tahukan diri

Awas-awas memilih lilin
Salah pilih tiada berapi
Awas-awas memilih pemimpin
Salah pilih payah diganti

6. Selamat mengundi, selamat memilih!

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts