YAB PERDANA MENTERI LANCAR MYJalan, TAMBAH PERUNTUKAN RM30 JUTA

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Gerik, Perak sebentar tadi bagi pelancaran Kempen MYJalan dan Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT04). Beliau diiringi oleh Menteri KKR Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Nescaya, jatah ini pastinya memberi impak besar kepada pembangunan infra di kawasan tersebut untuk dimanfaatkan pengguna jalan raya.

Dalam konteks nasional, saya maklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan telah meluluskan peruntukan tambahan penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia berjumlah RM370 juta pada tahun ini, bagi tujuan antaranya pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan risiko tinggi kemalangan.”

Sayugia, Kerajaan Perpaduan sentiasa prihatin dalam keluh kesah rakyat, serta memahami keinginan rakyat untuk memiliki kemudahan asas iaitu jalan raya yang selesa dan selamat.

Moga hasrat ini dapat kita capai bersama-sama, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts