Walaupun Tun Mahathir membuat tuduhan di bawah pemerintahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini kononnya kebebasan bersuara telah disekat, namun realitinya di zaman beliaulah Malaysia menjadi seumpama “police state“.
Di mana kebebasan bersuara bukan sahaja disekat malah akan ditahan tanpa bicara. Ini bukan sahaja salah guna kuasa malah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Tun Mahathir juga buat-buat lupa bahawa di zaman beliaulah paling ramai ahli politik ditahan di bawah ISA kerana mengkritik dan menentangnya.
Ikuti video mengenai isu kebebasan bersuara yang jauh lebih baik ketika ini berbanding di bawah Tun Mahathir yang dibuat oleh Datuk Lokman Noor Adam di pautan berikut;