SULTAN SELANGOR TITAH PEMFITNAH ISU SEKOLAH AGAMA, TAHFIZ DIAMBIL TINDAKAN

77
SHARES
248
VIEWS

1. DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj meminta polis segera mengesan pemfitnah yang membuat dakwaan kononnya pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian di Selangor ditutup.

2. Tohmahan itu menimbulkan kerisauan ibu bapa dan menghakis kepercayaan umat Islam terhadap institusi dan pihak berkuasa agama di Selangor, sedangkan pada hakikatnya, tujuan titah baginda agar usaha pemutihan dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan pelajarnya tidak diabaikan.

3. “Beta mohon pihak polis segera mengesan kumpulan pemfitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.”

4. “Pada hakikatnya, Beta menitahkan agar langkah pemutihan diambil terhadap sekolah-sekolah agama dan tahfiz swasta dan persendirian tidak berdaftar dengan mengarahkan pendaftaran dibuat.”

5. “(Ini) bagi memastikan sekolah-sekolah ini selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya dan mempunyai suasana pembelajaran selesa untuk pelajar menimba ilmu,” titah baginda.

6. Sultan Selangor merujuk fitnah kononnya lebih 200 sekolah tahfiz swasta di Selangor diarah tutup yang bakal mengakibatkan ribuan pelajar hilang tempat belajar.

Titah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70.

Sumber: Selangorkini

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts