ERTI KEMERDEKAAN PASCA COVID-19 – DR. RAMALAN YUNUS 

343
SHARES
2k
VIEWS

Plandemik Covid-19 dilancarkan untuk menyerang seluruh dunia dengan tujuan mereset sistem monetari global dan mengimplementasikan mawatang digital. Ia juga menandakan bermulanya sebuah dunia baru iaitu dunia All Digital.

Dunia baru ini pula akan dipimpin oleh negara China yang mengamalkan sistem autoritarian. Sama ada sistem demokrasi atau autoritarian, peperangan yang dilancarkan oleh orang kaya terhadap orang miskin akan tetap berterusan. Orang kaya akan semakin kaya dan orang miskin akan semakin miskin. 

Agar penduduk terus keliru, dunia telah dibelah dua. Antara BRICS dan G7. Pihak mana yang kita pilih, pemenangnya sudah pasti adalah golongan kaya atau pemodal, atau lebih kenali sebagai golongan kapitalis.

90 peratus penduduk dunia akan tetap menjadi hamba yang dibelenggu kehidupannya dengan hutang di dalam sistem ekonomi yang dikuasai oleh para kapitalis. Kalau begitulah realitinya lalu apakah erti atau makna kemerdekaan itu yang sebenarnya?

Manusia di dunia tidak akan pernah merdeka selagi mereka terus berkiblatkan kepada tamadun Barat. Ini kerana Barat tidak pernah bertamadun selama ini. Mereka kekal di dalam rimba dan mengamalkan hukum rimba. Apa yang berbeza hanyalah kini mereka tinggal di dalam rimba batu bata. Bukan lagi rimba tumbuh-tumbuhan.

Mereka hanya kelihatan megah dari segi pencapaian sains dan teknologi sahaja. Itu pun dengan mencuri ilmu dari khazanah tamadun Islam. Dalam tempoh 100 tahun, mereka yang paling ramai membunuh manusia di atas muka bumi dengan segala bentuk peperangan dengan pelbagai alasan dan mereka juga yang paling ramai melahirkan anak di luar nikah.

Mereka cipta pelbagai bencana dan mala petaka hanya untuk mengekalkan kawalan mereka ke atas dunia. Mereka cipta pelbagai jenis penyakit hanya untuk melariskan jualan dadah mereka ke seluruh dunia.

Mereka cipta dan eksport pelbagai jenis hiburan hanya untuk melariskan penjualan arak mereka dan juga untuk menghiburkan para hamba sahaya mereka yang sudah dicucuk hidungnya. Inikah tamadun yang ingin kita tiru dan banggakan?

Jauh sungguh perbezaan tamadun Barat jika mahu dibandingkan dengan tamadun Madaniyah yang dibina oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Sebuah tamadun kemanusiaan yang dibangunkan dengan iman, ilmu dan akhlak atas nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita sudah semakin menghampiri tahun 2024. Iaitu tahun di mana genapnya 100 tahun tumbangnya Khalifah Uthmaniah di Turki. Dalam tempoh itu juga umat Islam hidup seperti anak-anak ayam yang kehilangan ibunya. Maka banyak anak-anak ayam ini menjadi korban kepada tamadun Barat yang seperti musang berbulu ayam.

Jadi kini terpulanglah kepada seluruh umat Islam. Sama ada mahu membangkitkan kembali tamadun Islam yang sudah tumbang atau mahu terus menjunjung tamadun Barat yang bergelumang dengan darah-darah manusia yang tidak berdosa.

Pilihlah sama ada mahu terus menjadi hamba kepada tamadun Barat atau menjadi hamba kepada Tuhan sekalian alam. Berilah makna yang sebenar kepada sebuah kemerdekaan.

Bagi saya, kemerdekaan yang sebenar ialah merdeka dari menjadi hamba kepada sesama manusia dan kembali menjadi hamba kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Antara kedaulatan Islam dan kedaulatan rakyat, kita pilih kedaulatan Islam. Ini kerana kedaulatan Islam membawa kita makrifat kepada Allah SWT. Hanya dengan rahmat dan keredhaan dari Allah SWT sahaja maka kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Saya sekadar berusaha untuk mengingatkan semua pihak, Insya-Allah.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts