KERAJAAN LANCAR PELAN INDUK PERINDUSTRIAN BARU (NIMP) 2030

339
SHARES
2k
VIEWS

Sektor perindustrian memainkan peranan besar dalam mengangkat ekonomi negara dan pembangunan masyarakat. Dalam usaha kerajaan untuk melonjakkan negara berteraskan Ekonomi MADANI yang lebih mampan dan berdaya saing, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan untuk melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP) pagi tadi bertempat di Menara MITI, Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri MITI Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta lain-lain Menteri yang ikut serta.

NIMP 2030 bakal meningkatkan kedudukan industri Malaysia di dalam rantaian nilai global. Di dalam ucapan, YAB Perdana Menteri menerangkan bahawa NIMP 2030 ialah inisiatif seluruh negara (whole-of-nation) dengan pendekatan berasaskan misi, berbanding berasaskan sektor. 

Empat misi tersebut adalah bagi mencapai kepelbagaian ekonomi (economic complexity) yang lebih tinggi, pendigitalan atau automasi secara agresif, matlamat karbon-sifar dan ekonomi yang lebih saksama serta inklusif.

Kerajaan juga komited ke atas NIMP 2030 yang akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun. Antara lain, Kerajaan akan mewujudkan Majlis Negara NIMP 2030 dengan penyertaan daripada Kementerian-kementerian dan wakil industri.

Kerajaan juga akan menyokong hampir 10 peratus daripada RM95 bilion jumlah pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat NIMP 2030.

Dalam majlis ini, YAB Perdana Menteri turut berkesempatan menyaksikan penyerahan sijil kepada sebelas buah syarikat dan persatuan yang dikenal pasti sebagai peneraju bagi Projek-projek Berdasarkan Misi (MBPs). Semoga pelan ini dapat direalisasikan dengan jayanya, Insya-Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts