LIM: IKAN MASIN DAN UDANG KERING TIADA SST

491
SHARES
1.6k
VIEWS

Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang gagal mentadbir urus kementeriannya dengan baik, menjelaskan bahawa makanan asas krustasia seperti ikan kering atau ikan masin dan udang kering dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Jelas Lim, cukai SST ke atas ikan kering, ikan masin dan udang kering hanya sekadar cadangan sebelum ini namun tidak dilaksanakan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam yang menggesa kerajaan mengecualikan barangan berkenaan yang dianggap barangan makanan untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Walaupun PSM tersalah fakta dengan mengatakan udang kering sebagai makanan golongan berpendapatan rendah, namun usaha mereka memperjuangkan nasib golongan berpendapatan rendah wajar diberi pujian.

Ini kerana udang kering tergolong dalam barangan mahal untuk dibeli dan ia juga bukan tersenarai dalam barangan yang digunakan seharian seperti ayam, ikan dan daging.

Namun apa yang lebih utama, kerajaan wajar melaksanakan satu inisitif bagi membantu nasib golongan B40 yang akan terjejas teruk dengan pelaksanaan SST yang menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar 6 peratus sebelum ini.

Beberapa harga barangan telah dinaikkan sebelum tarikh SST dilaksanakan oleh peniaga-peniaga tamak di seluruh negara dan setakat ini tiada pemantauan berkesan dilaksanakan oleh kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts