“Kerajaan baharu memang banyak cabaran, kalau saya jadi Perdana Menteri pun tidak mudah, tiada siapa boleh jangka ekonomi negara kita teruk macam ini dengan masalah Felda dan 1MDB.”

Tambah beliau, apa yang menghairankan ketika ini adalah apabila ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang mengkritik kerajaan baharu dengan pelbagai modal sedangkan ‘kerosakan’ negara itu adalah berpunca daripada mereka.

Kenyataan Anwar dipetik ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kedah dan Perlis yang dibuat di Alor Setar semalam.