IBRAHIM ALI PERNAH CADANG KONSEP AKTA SABOTAJ EKONOMI NEGARA SEPERTI ISA

553
SHARES
1.6k
VIEWS

Sebelum ini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi bagi menangani kes rasuah dan salah guna kuasa.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata demikian pada satu sidang media di Perhimpunan Agung Perkasa yang diadakan pada November 2017.

Beliau mencadangkan akta ini menggunakan konsep yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang telah dimansuhkan pada 2012 kerana akta sedia ada ketika ini .

“Peruntukan undang-undang sedia ada sekarang terlalu birokratik. Proses pendakwaan terlalu panjang. Contohnya selepas tangkapan dibuat, reman diberikan beberapa hari, pegawai penyiasat tak cukup masa (untuk siasat).

“Jadi kena tambah lagi tempoh reman. Kemudian tahanan dibebaskan. Sepanjang dibebaskan macam-macam boleh berlaku.

“Saksi boleh berpakat, maklumat boleh dimusnahkan. Proses pendakwaan makan masa. Ini semua buang masa.

“Kes rasuah menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana itu mekanisme ISA boleh digunakan.”

“Cara terbaik guna konsep dan pendekatan ISA. Tak payahlah bagi baju SPRM, riuh dekat TV lepas itu hilang sahaja, senyap, duit lebur.”

Sebagai rekod, sebelum ini Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, sebelum ini mengemukakan cadangan bagi mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi Negara yang disambut baik oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Azmin Ali.

Azmin berkata kerajaan akan membincangkan dan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cadangan yang dikemukakan oleh Abu Kassim bagi mengelakkan berleluasanya amalan menjual kontrak atau menyewa permit kepada pihak lain atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Baba’.

Kenyataan beliau tersebut dibuat pada sidang media selepas Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara di Kuala Lumpur semalam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts