• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

SUKAN KOMANWEL 1998 KEKAL TERPAHAT SEBAGAI SEJARAH PENTING TANAHAIR

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
September 3, 2023
in Laporan, Utama
0
SUKAN KOMANWEL 1998 KEKAL TERPAHAT SEBAGAI SEJARAH PENTING TANAHAIR
14
SHARES
161
VIEWS

1. Malaysia berjaya menjadi tuan rumah kepada penganjuran sukan berprestij tinggi, Sukan Komanwel buat julung kalinya yang diadakan di Kuala Lumpur dari 11 hingga 21 September 1998. Malaysia merupakan tuan rumah negara Asia pertama dan mencatat Sukan Komanwel yang terakhir untuk abad ke-20, dengan rekod penyertaan dari 70 buah negara yang membarisi 3,638 atlet.

2. Masih terbayang kemeriahan perasmian yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada ketika itu dengan upacara larian obor dilakukan oleh atlet angkat berat era 1950, Koh Eng Tong menjadi orang terakhir dalam upacara menyalakan obor. Seterusnya, perasmian berjaya disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

3. Pastinya ia terpahat sebagai kenangan manis yang tersemat rapi dalam diri setiap mereka yang lahir pada tahun 90-an tatkala perasaan bangga dan megah mendengarkan alunan lagu tema Sukan Komanwel 1998 berjudul “Standing In The Eyes Of The World” nyanyian ratu rock negara, Ella berkumandang sepanjang temasya tersebut. Tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, aura lagu ini sangat hebat hingga menjadi siulan seluruh rakyat Malaysia. Sungguh nostalgia rasanya!

4. Tawaran bagi penganjuran ini telah dibuat pada 21 Julai 1992, manakala maskot rasmi bagi Sukan Komanwel 1998 ini ialah Orang Utan yang melambangkan Malaysia dan satu-satunya makhluk besar dan cerdik dengan nama melayu iaitu Wira yang dikenali di seluruh dunia. Wira, maskot rasmi yang digambarkan sebagai binatang kesayangan yang disukai ramai, melambangkan kemesraan dan keramahan penduduk Malaysia, negara berbilang kaum dan bersatu padu.

5. Temasya ini bukan sahaja telah berjaya dianjurkan dengan cemerlang tetapi lebih membanggakan ialah kejayaan para atlet negara mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat keseluruhan di antara 70 buah negara anggota Komanwel.

6. Kontinjen Malaysia telah berjaya memperolehi 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa yang berjumlah 36 kesemuanya dan ini telah menyamai keseluruhan pingat yang diperolehi sejak dari tahun 1950 hingga 1994.

7. Masih ingatkah anda detik penuh emosi yang tidak dapat dilupakan apabila peninju negara, Sapok Biki memungut pingat emas selepas berjaya mengetepikan cabaran peninju Kenya, Moses Kinyua? Selepas diumumkan sebagai pemenang, Sapok berlari ke seluruh gelanggang dengan menjulang gambar Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menitiskan airmata kegembiraan. Pastinya ia suatu kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan peminat sukan tanahair.

8. Sukan Komanwel yang mula diperkenalkan sejak tahun 1930 merupakan antara temasya terpenting selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia yang diadakan setiap 4 tahun sekali.

9. Temasya ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dan disertai kesemua negara-negara bekas jajahan British yang terdiri dari 5 buah benua termasuk Eropah, Afrika, Asia, Amerika Utara dan Selatan serta Oceana. Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1950 melalui nama Malaya pada ketika itu di mana kejohanan tersebut dikenali dengan nama British Empire Games.

10. Akhir kata, semoga semangat perpaduan dan kebanggaan setiap anak Malaysia sepertimana ditunjukkan semasa Sukan Komanwel 1998 mampu disemarakkan hingga kini.

“Tiba masa, kau melangkah gagah bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya, engkau terunggul, wajar standing in the eyes of the world!”

Salam Perpaduan dan Selamat Hari Kebangsaan Ke-66.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Tags: EllaHari KebangsaanMerdekaSukan KomanwelTuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Previous Post

ANWAR SANTUNI WARGA JABATAN AUDIT NEGARA, TEKAN SOAL KEBERTANGGUNGJAWABAN, AMANAH

Next Post

PROGRAM IMARAH MADANI PUPUK SEMANGAT PERPADUAN, PATRIOTIK

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PROGRAM IMARAH MADANI PUPUK SEMANGAT PERPADUAN, PATRIOTIK

PROGRAM IMARAH MADANI PUPUK SEMANGAT PERPADUAN, PATRIOTIK

September 3, 2023
SAMBUTAN LUAR BIASA HARI KEBANGSAAN, YDP AGONG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH

SAMBUTAN LUAR BIASA HARI KEBANGSAAN, YDP AGONG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH

September 1, 2023
ERTI KEMERDEKAAN PASCA COVID-19 – DR. RAMALAN YUNUS 

ERTI KEMERDEKAAN PASCA COVID-19 – DR. RAMALAN YUNUS 

August 31, 2023
SITI RAHMAH KASSIM: TOKOH GELANG KEMERDEKAAN

SITI RAHMAH KASSIM: TOKOH GELANG KEMERDEKAAN

August 29, 2023
TUN HUSSEIN ONN, BAPA PERPADUAN YANG TIADA GANTI

TUN HUSSEIN ONN, BAPA PERPADUAN YANG TIADA GANTI

August 29, 2023
JALUR GEMILANG: MAKNA DI SEBALIK REKA BENTUK

JALUR GEMILANG: MAKNA DI SEBALIK REKA BENTUK

August 29, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In