IBRAHIM ALI ULANGI DESAKAN TUBUH AKTA SABOTAJ EKONOMI NEGARA

375
SHARES
2.1k
VIEWS

Sejak sekian lama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan untuk mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi menyiasat kes membabitkan salah guna kuasa dan rasuah di negara ini.

“Semalam, Ketua Pengarah Pusat Govenans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed ada menyatakan kemungkinan pihaknya memperkenalkan undang-undang sabotaj ekonomi negara bagi mengelakkan amalan menjual kontrak atau menyewa permit kepada pihak lain terus berleluasa.”

“Ini semua dah lama dicadangkan oleh Perkasa. Malah Perkasa yang pertama desak kerajaan tubuh RCI untuk siasat 1MDB.”

“Presiden Perkasa selalu sebut, malah apabila MCA mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina, Perkasa buat laporan polis.”

Sebagai rekod, sebelum ini pada Disember 2017, Presiden Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali telah menggesa kerajaan mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi Negara ketika diminta mengulas mengenai isu tanah Felda yang dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Ketika itu beliau mencadangkan akta ini dilaksanakan sama seperti yang digunakan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada 2012.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts