AKTA SABOTAJ EKONOMI NEGARA DIBANGKITKAN SEJAK 2015

495
SHARES
1.6k
VIEWS

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Azmin Ali berkata kerajaan akan membincangkan dan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cadangan mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi yang dikemukakan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau membuat kenyataan tersebut pada sidang media selepas Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara di Kuala Lumpur semalam di mana akta tersebut bagi mengelakkan amalan menjual kontrak atau menyewa permit kepada pihak lain terus berleluasa.

Akta Sabotaj Ekonomi Negara telah dicadangkan sejak 2015 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di program Wacana Isu Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa – Ancaman Terhadap Kesejahteraan Rak­yat dan Kestabilan Negara.

Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyambut baik cadangan tersebut serta pensyarah Undang-undang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Halim Sidek dan peguam, Zainur Zakaria.

Akta tersebut bertujuan bagi menghalang aktiviti penjualan tender oleh kontraktor bumiputera kepada pihak ketiga.

Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, tindakan menjual tender perlu dijadikan satu kesalahan jenayah memandangkan perbuatan tersebut menyebabkan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputera gagal dicapai.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts