‘CEREKA’NYA DISINDIR ANWAR, HISHAMUDDIN RAIS BANGKIT PERTAHAN

540
SHARES
1.7k
VIEWS

Hishamuddin Rais, aktivis reformasi disindir oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan beliau sebagai mereka-reka cerita berkenaan pembentukan kerajaan pada Mei lalu.

Hishamuddin menulis siri artikel “Merakam Sejarah” di Malaysiakini yang kononnya terdapat usaha menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selepas PRU-14.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Kuala Lumpur semalam. Dengan nada yang keras, Anwar berkata tiada masalah bagi mana-mana pihak menyuarakan pandangan tetapi ia perlu berdasarkan fakta.

“Dia ahli cereka. Jadi dia ada tafsiran sendiri dia dengar, dia tidak ada sumber terus. Dia hanya dengar-dengar bisikan tetapi bisikan itu tengoklah daripada siapa sokong tidak sokong.”

“Kadang-kadang dalam politik kita ini menulis membantah menyerang keras, ada yang penjilat keras. Bila menulis jangan jadi penyerang yang ganas tiada fakta atau penjilat.”

“Bagi saya kita bagi ruang pandangan masing-masing menafsirkan. Jangan kita marah sangat. Setuju atau tidak setuju itu pandangan masing-masing. Tiada masalah.”

Hishamuddin bagaimanapun bangkit mempertahankan cerita beliau itu sebagai fakta. Beliau yang agak tersinggung dengan kenyataan Anwar yang menuduh artikel beliau sebagai rekaan, mengatakan tulisan beliau adalah ‘fakta belakang tabir’;

Saya jelaskan di sini. Apa yang telah saya tulis itu adalah fakta. Saya tahu apa yang saya tulis. “Ia bukan rekaan. Ia bukan desas bin desus. Ia bukan cerita tepi jalan. Ia bukan bisikan sesiapa pun.”

“Apa yang saya tulis ialah menerangkan fakta-fakta di belakang tabir yang melahirkan berita-berita ini.”

“Saya melakar peta dan mencantumkan berita dan babak ini. Saya ikat berita ini dengan babak-babak latar yang tidak diketahui umum.”

“Justeru saya memberi pencerahan kepada orang ramai kenapa angkat sumpah lambat. Kenapa Rafizi mengeluarkan kenyataan menolak lantikan Mahathir. Atau kenapa tidak dilihat muka Wan Azizah pada Sabtu 12 Mei 2018.”

Hishamuddin juga mentakrifkan artikel beliau sebagai rakaman sejarah untuk rujukan generasi akan datang dan beliau sendiri menggelarkan dirinya seumpama Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin dan Abdullah Munshi dalam Hikayat Abdullah.

“Merakam Sejarah” beliau yang mendapat perhatian khusus daripada Anwar kerana kerap menyindir isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam artikel tersebut boleh dibaca melalui capaian di bawah:

Merakam sejarah: Projek ‘sailang’ Mahathir

Merakam sejarah: Lagi projek sailang Mahathir

Merakam Sejarah: Projek memalukan

Merakam sejarah: Projek sailang gagal

Merakam sejarah: Disailang lagi

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts