ANNUAR MUSA: SAMPAI MASA ANWAR AKAN PERLUKAN UMNO

393
SHARES
2.3k
VIEWS

Ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Melayu di pekan Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak malam tadi. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya Anwar yang akan memerlukan UMNO suatu ketika nanti.

Ucapan yang dibuat oleh Annuar ini tidak menghairankan kerana jika dilihat sikap dan strategi Anwar Ibrahim ini berubah-ubah dan tidak berpendirian demi untuk menjadi Perdana Menteri, jawatan yang didambakan sejak 20 tahun lalu.

Bahkan seteru utama beliau sendiri iaitu Tun Mahathir yang menjadi punca kepada pemecatannya sehingga dipenjarakan yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu, kini bergabung kembali untuk berkuasa.

Anwar juga dengan mudah melupakan korupsi dan kleptokrasi Mahathir dan rakan-rakan serta anak-anaknya yang selalu beliau sendiri dedahkan dalam ceramah-ceramah PKR dan reformasi sejak 1998 kerana bagi Pakatan Harapan, sesiapa jua yang menyertai mereka akan ‘disucikan’.

“Baru-baru ini, Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan bahawasanya beliau tidak berhasrat nak  bekerjasama dengan Umno.”

“Kirim salam kepada Anwar Ibrahim. UMNO tidak pernah memerlukan Anwar Ibrahim.”

“Sampai masa, Anwar Ibrahim yang akan memerlukan UMNO.”

“UMNO tidak mati walaupun Mahathir meninggalkan parti, UMNO tidak mati walaupun Anwar Ibrahim, 20 tahun meninggalkan UMNO.”

“UMNO tetap akan berdiri tegak selagi ada anak-anak muda Melayu.”

Annuar mengulas kenyataan Presiden PKR itu seperti dilapor akhbar Berita Harian, yang menafikan dakwaan beliau akan mengadakan kerjasama dengan UMNO selepas menjadi Perdana Menteri.

Anwar berkata tanggapan itu mungkin muncul selepas beliau dilihat tidak terlalu keras mengkritik Umno.

Anwar juga sebelum ini dipetik berkata tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang seandainya menteri sedia ada hari ini melakukan penyelewengan dalam pentadbiran. Ia bagi mengelakkan salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts