MEDIA UTAMA NEGARA BUAT U-TURN?

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Media-media utama negara seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, TV3, Astro dan lain-lain kelihatannya tidak lagi ‘ganas’ menghentam dan mengkritik pihak Pakatan Harapan (kini kerajaan) selepas PRU-14 yang menyaksikan peristiwa bersejarah iaitu buat pertama kalinya Barisan Nasional tumbang.

Sebaliknya kini boleh dilihat bagaimana media kini ‘semakin lembut’ melaporkan berita berkaitan Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan, di mana tidak pernah berlakupun sebelum ini.

Adakah ini tandanya pihak media semakin adil dan seimbang seperti yang kita harapkan ataupun mereka terpaksa membuat ‘u-turn’ demi survival syarikat? Atau takut barangkali?

Secara logiknya sebenarnya tiada satupun media utama negara yang membuat pusingan u-turn seperti yang kita rasakan. Kenapa?

Ini kerana mereka hanya melaporkan berita yang berkaitan dengan mendokong aspirasi kerajaan serta secara tidak langsung akan kelihatan seperti lidah kerajaan itu sendiri.

Media utama ini seumpama sebuah ‘spotlight’ besar yang menyuluh tepat ke arah sebuah pentas utama. Pentas ini boleh kita umpamakan seperti sebuah negara dan mereka yang naik silih berganti ke atas pentas tersebut boleh diumpamakan seperti parti yang membentuk kerajaan.

Bezanya pada kali ini, pihak yang naik ke pentas ini adalah sebuah kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan namun media tetap ‘menyuluh’ mereka kerana itulah tugas-tugas hakiki media yang selama ini kita gelar sebagai ‘media kerajaan’. Inilah peranan media, menjadi spotlight yang menyuluh sesiapa sahaja di atas pentas walaupun selepas ini individu yang lain pula menaiki pentas yang sama.

Bahkan kalau difikirkan, media pro-pembangkang seperti Malaysiakini itulah yang membuat ‘u-turn’ iaitu jika sebelum ini mereka menjadi wadah pembangkang namun kini mereka menjadi wadah kerajaan.

“Pentas tetap utuh, media tetap menyuluh.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts