AIR SINGAPURA: TUN MAHATHIR BARU TERSEDAR SELEPAS 30 TAHUN?

116
SHARES
372
VIEWS

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu mengkaji semula perjanjian air yang telah dimeterai dengan Singapura mengundang persoalan tentang mengapa tidak dilakukan oleh beliau semasa kali pertama menjadi Perdana Menteri walaupun berpeluang melakukannya pada 1986 dan 1987.

Seolah-olah baru tersedar daripada lamunan yang panjang, selepas 30 tahun kemudian barulah Dr. Mahathir cuba menghidupkan semula isu ini, namun tidak dapat dinafikan hakikat Malaysia telah dua kali terlepas peluang melakukan kajian semula ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Menurut Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berdasarkan kepada satu artikel dalam laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, perjanjian air pada tahun 1961 dan 1962 boleh dinilai semula selepas 25 tahun iaitu semasa tempoh pentadbiran Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri iaitu pertama kali pada 1986 dan 1987.

Sekali lagi Dr. Mahathir juga berpeluang melakukan kajian semula apabila isu air diperkatakan lagi pada tahun 1998, namun rundingan tersebut juga tidak membawa kejayaan kepada negara.

Beliau juga berkata, sukar dipercayai mengapa Dr. Mahathir memilih untuk tidak mengkaji semula perjanjian melibatkan harga air pada waktu itu. Peluang yang dilepaskan Dr. Mahathir itu sekali gus tidak memberi kelebihan kepada negara berhubung isu perjanjian air ini jika dilakukan sekarang kerana jika mengikut perjanjian, perjanjian tersebut hanya berakhir pada tahun 2061 iaitu 43 tahun dari sekarang.

Ketika ini kita menjual 3 sen setiap 1,000 gelen dengan kapasiti jualan sebanyak 250 juta gelen sehari dan air yang telah dirawat oleh Singapura dibeli semula oleh Malaysia dengan harga 50 sen segelen.

*1000 gelen bersamaan 4,546 liter mengikut kiraan metrik UK atau 3785 liter mengikut kiraan metrik US

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts