ZETI DAN SYUKRI PERANGKAP NAJIB?

366
SHARES
2.1k
VIEWS

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy yang juga pemilik portal Third Force mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

Beliau menyebut tiga perkara utama yang dinyatakan dalam laporan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang ketika itu masih menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu:

1) Tan Sri Zeti selaku Gabenor Bank Negara mengetahui identiti Putera Arab Saudi selaku penyumbang derma berjumlah 2.6 bilion ringgit tersebut

2) Tan Sri Zeti mengetahui sumbangan tersebut adalah derma dan urusan antara Perdana Menteri dan Putera Arab Saudi

3) Tan Sri Zeti sendiri mencadangkan derma 2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak

Beliau juga menambah, sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull terus dinaikkan pangkat Ketua Pesuruhjaya SPRM dan beliau mengesyaki berlakunya konspirasi antara Zeti dan Shukri selain daripada fakta bahawa Tan Sri Zeti masih lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Semua pihak perlu bersabar dalam perkara ini kerana seperti yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, beliau tidak ingin terburu-buru mendakwa Datuk Seri Najib sebelum mengumpul bukti kukuh kerana beliau risau apa yang akan berlaku sekiranya Datuk Seri Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah.

Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara buruk yang kami katakan mengenai beliau akan dipersoalkan oleh orang yang mengundi kami,” katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jepun pada 10 Jun lepas.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts