PEMUDA UMNO KELANTAN: SPRM WAJAR BERTEGAS

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti sudah hilang integriti apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng terlepas daripada tuduhan rasuah.

Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor berkata suruhanjaya itu sepatutnya bertegas dalam kes jual beli banglo yang disiasat oleh mereka.

“SPRM bagai hilang integriti dan selayaknya Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Shukri Abdull memikul tanggungjawab.”

“Pengguguran kes itu jelas menunjukkan SPRM tidak mampu meyakinkan pejabat peguam negara selaku pendakwa dengan bukti yang ada agar kes diteruskan.”

Hari ini Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dua tuduhan rasuah selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan terhadap mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts