“MAHATHIR DAN SPRM TERKEJUT”, MENJADI BAHAN JENAKA DI MEDIA SOSIAL

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan reaksi terkejut dengan pembebasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah, rakyat skeptikal dengan rasa terkejut beliau.

Rata-rata yang ditemui dan perbualan netizen di media sosial dengan nada sinis menyindir Mahathir yang kononnya terkejut dengan pembebasan Guan Eng tersebut, yang dibuat tiga hari selepas Hari Kemerdekaan.

Ini kerana selain Mahathir, SPRM dan peguam Guan Eng sendiri mengaku terkejut, yang mengundang jenaka ramai dan netizen turut mempermainkan perkataan ‘terkejut’ berulang kali.

Malah ada yang membuat poster dan menularkannya termasuk menyindir menggunakan akronim Cukai Jualan dan Perkhidmatan iaitu SST sebagai ‘Sikit-Sikit Terkejut’.

Kelihatannya hanya Lim Guan Eng dan Phang Li Koon yang tidak terkejut dengan keputusan mahkamah tersebut.

Semasa dirujuk mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan itu, Mahathir dipetik berkata:

“Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga.”

Beliau berkata demikian dalam satu persidangan media di Istana Qashr Munee di Bandar Seri Begawan di penghujung lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng semalam susulan permohonan oleh Timbalan pendakwaraya Datuk Masri Mohd Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Pada 30 Jun 2016, Menteri Kewangan yang merupakan bekas Ketua menteri Pulau Pinang mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitkan penukaran status tanah daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhom, Pulau Pinang, di bawah nilai pasaran.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts