KENAPA KEADILAN TERHADAP NAJIB JELAS BERBEZA?

81
SHARES
261
VIEWS

Isu tahanan rumah DS Najib ini sepatutnya sudah menjadi “wake-up call”. Bahawa perlu ada satu semakan semula yang mengimbangi keputusan mahkamah.

Terlalu banyak pertimbangan berkait Najib yang sebenarnya berbeza dengan keputusan ke atas orang politik lain.

1. Afidavit DS Zahid dan afidavit DS Wan Rosdy berkenaan titah SPB Yang DiPertuan Agong diputuskan sebagai khabar angin oleh mahkamah. Sedangkan kedua-duanya ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Zahid adalah TPM pertama dalam sejarah Malaysia yang membuat kenyataan bersumpah melawan kerajaannya sendiri bagi menyebelahi Najib.

Wan Rosdy pula mengambil risiko dalam keadaan Agong itu adalah Sultan negerinya sendiri.

Logik akal tidak memungkinkan keduanya mengambil risiko sebesar ini semata-mata untuk menipu.

Berbeza pula dengan kenyataan berbelit kawan-kawan Jho Low yang akhirnya diterima untuk mensabitkan Najib bersalah. Sedangkan kesemua mereka ini secara tidak langsung telah mengaku menjadi sebahagian daripada percaturan jenayah Jho Low.

2. Apabila Najib mula didakwa di mahkamah, beliau tidak dibenarkan ke luar negara walaupun untuk tujuan ibadah.

Peliknya apabila Muhyiddin didakwa di mahkamah, boleh pula beliau dibenarkan melawat kakak di Australia, merayakan konvokesyen cucu di London dan bercuti di Eropah.

3. Najib tidak dibenarkan untuk menggunakan khidmat Peguam DiRaja UK atau Queen’s Counsel untuk membela dirinya di mahkamah.

Tetapi mahkamah hari ini membenarkan pula Muhyiddin menggunakan Peguam DiRaja UK bagi memperkuatkan pasukan pembelaannya.

4. Najib tidak dibenarkan menukar peguam ketika perbicaraan. Sehingga menyebabkan beliau tidak dibela pada peringkat akhir sebelum dijatuhkan hukuman.

Kaedah penghakiman ini dikritik keras YAA Hakim Besar Sabah Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mengatakan Najib tidak diberi keadilan yang sebenar.

Peliknya, Daim Zainuddin dan isteri dibenar pula menukar pasukan guaman mereka ketika perbicaraan sedang berjalan.

Apabila keputusan-keputusan yang dilihat berbeza ini berlaku, maka apakah rakyat boleh menerima dan memperakui keadilan sistem kehakiman hari ini?

Saya petik satu kenyataan Allahyarham Tun Suffian Hashim, bekas Ketua Hakim Negara pada ketika krisis kepercayaan sistem kehakiman melanda negara hampir 30 tahun dahulu. Katanya:

Saya tidak mahu dibicarakan oleh hakim-hakim sekarang, apatah lagi jika saya tidak bersalah

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts