SAIFUDDIN MELAWAT MANGSA BANJIR DI KELANTAN

65
SHARES
209
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkesempatan melawat mangsa di Kelantan, dalam lawatan kerja banjir kelmarin.

Pertamanya beliau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan mendengar taklimat mengenai perkembangan situasi banjir yang disampaikan oleh Ketua Polis Kelantan.

Beliau juga turut melawat mangsa-mangsa banjir di dua lagi PPS di SK Tumpat & SMK Berangan dan Alhamdulillah, terdapat perkembangan positif apabila jumlah mangsa banjir di PPS telah menurun daripada 118,000 orang kepada sekitar 30,000 mangsa. Jumlah PPS juga telah berkurang daripada 47 kepada 31 buah. 

Dalam perbincangan, MDN sempat membangkitkan keperluan untuk menilai kerosakan aset PDRM, terutamanya di kawasan yang terjejas teruk seperti Kelantan antaranya kesemua pos PGA di sepanjang Sungai Golok telah tenggelam. Sebelum ini, peruntukan sebanyak RM45 juta telah diberikan untuk menaik taraf 151 pos PGA di seluruh negara.

KDN juga menggerakkan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan. Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen turut hadir ke lapangan untuk memberikan perkhidmatan penggantian dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad pengenalan, dan pasport secara percuma.

Semoga segala usaha ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan dan Insya-Allah segala usaha kerajaan akan diteruskan demi kebajikan dan kesejahteraan semua.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts