YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025, telah membincangkan kertas-kertas terkait pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan Kerajaan melalui Program mySTI dan halatuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI, semalam.
Perdana Menteri memberi penegasan dan cabaran kepada ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta menggerakkan usaha terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.
Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda Bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya.