SEBATAN SYARIAH LEBIH BAIK DARI PENJARA – AB JALIL BACKER

137
SHARES
441
VIEWS

Sebatan Syariah Lebih Baik Dari Penjara

Oleh Ab Jalil Backer

Jika diberi pilihan hukuman sebat macam di kesalahan jenayah syariah di Terengganu dengan hukuman penjara, saya pasti ramai yang bersalah akan memilih hukuman sebat.

Selepas menjalani hukuman pesalah boleh meneruskan kehidupan sebagai manusia bebas dan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.

Ini jauh lebih baik berbanding hukuman penjara yang menyebabkan kehilangan pekerjaan, memecah belah keluarga dan mengehadkan kebebasan.

Hanya orang gila sahaja anggap hukuman rotan syariah Islam lebih kejam dari hukuman penjara.

Cuma kesalahan hukuman yang dijalankan tidak seharusnya dirakam dan disebarkan dengan mendedahkan nama mereka dalam rakaman.

Islam menganjurkan sebatan di hadapan komuniti setempat bagi tujuan peringatan larangan Allah.

Sebaliknya apabila ia dirakam dan disebarkan dengan menamakan pesalah ia sudah bertujuan mengaibkan.

Pada pandangan saya menyiarkan nama pesalah jenayah syariah dalam media juga sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Melaporkan hukuman dan kesalahan bagi tujuan pencegahan tidak salah, namun menyebarkan nama pesalah ke seluruh negara sehingga mengaibkan pesalah agak keterlaluan.

Maka ketika hukuman sebatan syariah ini wajar diteruskan, ia harus dilakukan sebagai tanggungjawab terhadap agama dan masyarakat; bukannya bertujuan mengaibkan seseorang pesalah itu selama-lamanya seperti berlaku apabila dimasukkan nama-nama pesalah secara terperinci dalam media.

Mereka yang meroyan mungkin jahil sehingga menggambarkan hukuman rotan tersebut sama seperti hukuman rotan undang-undang barat, atau seperti dalam filem Semerah Padi, yang ganas dan kejam.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts