PROJEK HSR KRONI SIAPA SEBENARNYA? – NAJIB

204
SHARES
647
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

Saya ada membaca propaganda yang tular bahawa saya tidak gembira projek HSR ditangguhkan kerana kononnya ‘kroni-kroni’ saya terlibat dalam projek itu.

Empat syarikat didakwa kroni saya terlibat dalam projek HSR ini ialah Gamuda, MRCB, TH Properties dan YTL.

Pemegang saham terbesar Gamuda ialah KWSP selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW).

KWSP juga pemilik saham terbesar MRCB manakala TH properties dimiliki Tabung Haji.

YTL pula bukanpun terkenal sebagai ‘kroni’ ataupun proksi saya tetapi sering dikaitkan dengan seorang individu lain.

Bagaimana empat syarikat berkenan didakwa sebagai kroni-kroni saya, saya pun pelik.

Lagipun, tender HSR merupakan tender terbuka antarabangsa dibuat bersama Singapura dan juga akan ditimbang dan diputuskan bersama Singapura belum tutup lagi.

Bagaimana pula Azmin Ali boleh menuduh bahawa ada banyak unsur rasuah dalam projek ini?

Kepentingan saya dalam projek HSR hanya satu. Kerana saya percaya projek ini ada impak besar kepada masa depan dan ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara di mana ibu kota untuk dua negara akan dihubungkan dan dapat saling merancakkan negara masing-masing.

Saya harap rakyat boleh selidik dengan sedikit mendalam lagi dan tidak lagi mudah terperdaya dengan propaganda yang tidak berasas. Kita bukan ‘uneducated’ seperti digelar baru-baru ini oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts