KENYATAAN MEDIA TS SHAFIE ABDULLAH: PM WAJIB BERTANGGUNGJAWAB, TOMMY THOMAS MESTI LETAK JAWATAN

383
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA TS SHAFIE ABDULLAH: PM WAJIB BERTANGGUNGJAWAB. TOMMY THOMAS MESTI LETAK JAWATAN

Oleh Mohd Puad Zarkashi
8 September 2018

Kenyataan Media TS Shafie Abdullah hari ini mengenai RM9.5 juta kononnya diterima daripada DS Najib sebagai yuran menjadi Pendakwaraya kes liwat 2 Anwar Ibrahim mengejutkan. Ia membongkar fitnah yang boleh mencemar keadilan di Malaysia.

Kenyataan TS Shafie itu menambah lagi luka kepada kredibiliti Tommy Thomas sebagai Peguam Negara terutama setelah beliau menggugurkan sepenuhnya kes pendakwaan terhadap Lim Guan Eng.

Semoga Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja akan menasihatkan Perdana Menteri supaya ditubuhkan RCI kerana nama Tun Mahathir disebut dalam kenyataan media tersebut. Apatah lagi dalam kenyataan itu disebut dengan jelas bahawa Tun Mahathir telah memanggil TS Shafie ke pejabat beliau di Yayasan Perdana dan meminta beliau sanggup menjadi Pendakwaraya khas dalam perbicaraan kes liwat 2 DS Anwar Ibrahim walaupun Najib keberatan. Ini kerana Tun Mahathir tidak yakin kemampuan DPP yang ada ketika itu.

TS Shafie menjelaskan dia menerima tugas itu secara pro bono walaupun TS Ghani Patail mencadangkan permintaannya dibayar token RM1 diganti dengan token RM1K (surat 19.7.2013). Bahkan hingga kini TS Shafie tidak pernah menuntut wang RM1K itu. Jelas isu RM9.5 itu adalah fitnah yang digunakan oleh DS Anwar Ibrahim berpunca daripada afidavit dan Siti Rahayu Mohd Muhamzaini iaitu Pegawai Khas Tommy Thomas.

Pendedahan TS Shafie itu amat berat kerana melibatkan campur tangan Tun Mahathir dan tekanan 6 perkara terhadap DS Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu. Sebab itu Tommy Thomas perlu meletak jawatan sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts