6 SARANAN IBRAHIM ALI KEPADA ANWAR

245
SHARES
626
VIEWS

Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) atau lebih dikenali sebagai Tok Him membuat saranan kepada bakal Perdana Menteri Malaysia kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyesuaikan diri sebelum dilantik ke jawatan tersebut.

Tok Him yang juga Presiden bagi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau PUTRA yang baru ditubuhkan pada 17 Ogos lepas memberi cadangan agar Anwar dapat mendampingi dan membantu YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana Anwar sendiri sudah lebih 20 tahun tidak berada dalam kerajaan.

Ini bagi mengelakkan pertembungan dasar dan cadangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Tun Mahathir serta bagi memudahkan proses peralihan kuasa dapat dilakukan dengan lancar dan seperti yang diharapkan.

Ini termasuk cadangan agar PRU-15 diterajui oleh Anwar agar beliau mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada rakyat seluruhnya.

Berikut adalah saranan Tok Him kepada Anwar:

1. Wan Azizah melepaskan kerusi Pandan bagi membuka jalan bagi Anwar bertanding

2. Selepas memenangi kerusi Pandan, Anwar hendak lah mengambil alih jawatan TPM dari Wan Azizah dan tidak tergesa gesa membuat tuntutan bagi jawatan PM8

3. Anwar semasa memegang jawatan TPM perlu belajar selok belok pentadbiran kerajaan dari PM7 dan mengenali kesemua orang orang PM7 supaya kelak dapat meneruskan tugas PM8 dengan lancar

4. Anwar juga hendaklah menyambung dan meneruskan segala dasar dan projek-projek yang dipersetujui PM7 dan mengusahakan dasar dasar dan projek-projek tanpa merosakkan apa yang telah diusahakan oleh PM7

5. Anwar telah lama berada di luar kerajaan, eloklah beliau ambil sedikit masa untuk memantapkan diri sebelum mengambil alih jawatan dari PM7

6. Seelok-eloknya Anwar mengepalai dan memenangi PRU-15 setelah PM7 membubarkan Parlimen bagi membolehkan Anwar mendapat mandat yang tidak berbelah bagi dari rakyat

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts