ISU ‘SKODENG’: KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Insiden video pegawai khas kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Azis Jamman yang tertangkap kamera CCTV ketika sedang ‘skodeng’ seorang wanita di sebuah premis ketika pemeriksaan mata dijalankan, telah ditularkan sejak malam tadi.

Pegawai tersebut telah dipecat walaupun laporan polis baru sahaja dibuat dan belum ada sebarang dakwaan dilakukan. Berbeza dengan kes dua wanita lesbian yang telah dihukum sebat yang mendapat liputan seluruh negara dan Perdana Menteri serta barisan kabinetnya turut membuat kenyataan media mengenainya.

Kerajaan mengkritik keputusan menyebat dua wanita lesbian tersebut yang telah didapati bersalah oleh mahkamah dan mengesyorkan agar nasihat diberikan untuk kesalahan pertama.

Kedua-dua kes tersebut adalah kesalahan jenayah dan wajar dihukum mengikut kadar kesalahan masing-masing yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan tidak perlu dipersoalkan hatta oleh seorang Perdana Menteri.

Berikut adalah kenyataan media Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Azis Jamman;

Kenyataan Media Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Azis Jamman

1. Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.

2. Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan.

3. Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

4. Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.

5. Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya.

Terima kasih

Dato’ Azis Jamman
Timbalan Menteri Dalam Negeri

(Dipetik dari laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts