ANWAR AKAN BERTANDING DI PORT DICKSON

86
SHARES
276
VIEWS

Kini telah sah Presiden PKR itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Port Dickson apabila diumumkan sendiri oleh penyandangnya iaitu Datuk Danyal Balagopal Abdullah, ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.

PKR mengumumkan Anwar akan bertanding di kerusi parlimen Port Dickson di mana Danyal akan mengosongkannya untuk memberi laluan kepada beliau menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya dilantik Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat.

Kemungkinan besar pengorbanan Danyal akan dibalas kembali oleh bakal Perdana Menteri kelapan ini dengan melantiknya menjadi Senator dan seterusnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Kabinet.

Sebagai rekod, Port Dickson adalah satu-satunya kerusi yang dipegang oleh PKR di Negeri Sembilan di mana pada PRU-14 yang lepas, Danyal mendapat 36,225 undi – 59 peratus daripada undi keseluruhan dan menewaskan calon Barisan Nasional, V. Mogan (18,515) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594).

“Saya terpanggil untuk menyumbang kepada peralihan kuasa lancar daripada Perdana Menteri ketujuh ke Perdana Menteri kelapan berdasarkan persetujuan parti komponen Pakatan Harapan.”

“Semalam saya diberitahu oleh Rafizi Ramli yang selepas perbincangan dengan pimpinan parti, Anwar memutuskan untuk menerima tawaran saya dan memilih Port Dickson sebagai kerusi parlimen yang akan ditandinginya.”

“Saya yakin Anwar akan menang dan menjadi Ahli Parlimen dan In sya-Allah, seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan negara kita.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts