PETROL AKAN NAIK TIDAK LAMA LAGI – NAJIB

84
SHARES
272
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

Di Dewan Negara pagi ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah umumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak ada rancangan untuk menurunkan harga petrol kepada RM1.50.

“Saya mencari di mana RM1.50 (disebut) dalam buku PH, tetapi tidak ada. Tidak tahulah jika ada pihak yang dalam keghairahan berkempen menjanjikan perkara itu,” katanya.

Memang tersebar luas banyak bukti dalam bentuk video bahawa ketika berkempen untuk PRU14 (bukan PRU13 sahaja), ada yang berjanji harga petrol akan turun sehingga RM1.50 atau RM1.70 apabila PH menang.

Memang tidak tercatat secara hitam putih di buku manifesto mereka untuk harga petrol turun kepada RM1.50. Tetapi yang tercatat jelas secara hitam-putih, janji seperti Kad Sihat Rakyat, mengembalikan royalti 20%, hapuskan hutang FELDA pun mereka tidak tepati.

Pada pendapat saya, janji-janji yang diberi dalam ceramah-ceramah ataupun kenyataan akhbar mereka juga patut ditepati. Jangan mengambil kesempatan untuk menipu rakyat yang tidak membaca buku manifesto yang begitu tebal itu.

Jika anda berani membuat janji di depan muka pengundi bila berceramah, maka tepatilah janji itu.

Lebih parah lagi untuk pengundi PH ialah pengumuman Datuk Amiruddin Hamzah di Dewan Negara juga, kerajaan akan mansuhkan subsidi pukal bagi petrol tidak lama lagi dan digantikan dengan subsidi bersasar di mana hanya pengguna motorsikal di bawah 125cc dan kereta di bawah 1,300cc sahaja akan dapat subsidi dalam bentuk kuota setiap bulan.
https://www.malaymail.com/…/deputy-minister-fuel-subsidy-to…

Ini bermakna, harga petrol untuk rakyat yang lain tidak akan diberi subsidi tidak lama lagi dan harga petrol akan naik.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts