TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TERKHILAF ATAU BERBOHONG?

160
SHARES
515
VIEWS

Iskandar Shah Ibrahim, salah seorang peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa pihaknya telah membuat permintaan rasmi untuk menuntut barangan milik Rosmah dan dua anaknya, Nooryana Najwa dan Mohd Ashman, sejak dua bulan lalu.

Namun permintaan tersebut ditolak atas alasan barang yang dirampas itu masih dalam siasatan. Iskandar juga berkata polis belum memanggil Rosmah untuk memberi keterangan berhubung barangan itu.

Sepucuk surat daripada Unit AMLA bertarikh 30 Julai dan dikatakan ditandatangani Khalil menyatakan polis masih menjalankan siasatan justeru perlu menolak permohonan Rosmah untuk mendapatkan dokumen berkenaan barangan miliknya.

Peguam Rosmah menyangkal dakwaan polis bahawa setakat ini tiada pihak yang tampil dan menuntut secara rasmi aset yang disita ketika siri serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, beberapa bulan lalu.

Perkara itudinyatakanTimbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media di Bukit Aman semalam yang bertentangan dengan fakta sebenar.

Rakyat kesal apabila pihak polis sendiri gopoh dalam mengeluarkan kenyataan dan seolah-olah ini adalah ‘trend‘ terkini kerajaan Pakatan Kerajaan seperti menteri-menteri kabinet terutamanya Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang kerap membuat kenyataan yang salah.

Sebagai rekod, dalam beberapa serbuan terhadap hartanah berkaitan 1MDB, polis juga merampas wang tunai dan barangan mewah seperti beg tangan berjenama di mana nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM1.1 bilion.

Anggaran tersebut tidak tepat kerana terdapat beberapa hadiah jam tangan yang mempunyai ‘emblem‘ ataupun jata negara yang menunjukkan jam tersebut adalah pemberian dari sesebuah kerajaan yang sepatutnya dipulangkan segera dan tidak direkodkan harganya barangan rampasan yang lain.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts