ISU SUKHOI: MAT SABU DAN FMT PERLU MEMINTA MAAF KEPADA RUSIA

411
SHARES
2.3k
VIEWS

Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu sebelum ini membuat satu pendedahan kurang cerdik di Dewan Rakyat mengenai jumlah jet pejuang Sukhoi yang mampu diterbangkan.

Kesan daripada kenyataan tersebut masih memberikan kesan sehingga ke hari ini apabila Kedutaan Rusia sendiri telah menafikanpendedahan portal Free Malaysia Today (FMT) yang menyatakan masalah sebenar pesawat Sukhoi tidak mampu diterbangkan adalah berpunca daripadakerenah birokrasi pihak Rusia, bukan kerana masalah kelemahan dalam penyelenggaraan.

FMT mendedahkan perkara tersebut sebelum ini yang memetik pandangan seorang pegawai tinggi  tentera yangberpengetahuan dalam angkatan udara. Beliau dipetikberkata, masalah utama pesawat tersebut adalah berpunca daripada negara pengeluar Sukhoi itu sendiri.

Kedutaan Rusia kesal dengan kenyataan yang disiarkan oleh FMT pada 6 September lepas dan semalam mengeluarkan kenyataan menafikan kelemahan tersebut berpunca daripada pihak mereka sebaliknya kerajaan Malaysia sendiri yang tidak mengikut jadual penyelenggaraan yang sepatutnya.

Mat Sabu selaku Menteri Pertahanan bertanggungjawab untuk menyiasat perkara ini dan mendakwa pegawai tinggi tentera udara tersebut sekiranya terbukti dakwaan beliau tidak tepat ataupun hanya untuk mensensasikan berita.

Pihak FMT pula wajib berjumpa dan meminta maaf kepada Kedutaan Rusia secara rasmi dan memadamkan berita tersebut di laman web mereka. Selain itu, FMT juga perlu menghebahkan kesilapan mereka kerana memetik sumber yang tidak boleh dipercayai, agar menjadi iktibar di masa hadapan buat semua pihak media.

Menteri Pertahanan juga wajar meminta maaf kerana kerana ada pegawainya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak tepat kepada pihak media dengan menuduh sebuah negara berdaulat seperti Rusia. 

Menteri wajar menunjukkan sikap bertanggungjawab apatah lagi apabila melibatkan sebuah negara yang merupakan antara lima kuasa besar dunia, yang mempunyai kuasa pembatal (veto) di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Ini selari dengan akuan dan komitmen Mat Sabu untuk berhati-hati dan cermat apabila bercakap, fakta-fakta sesuatu perkara akan dipastikan demi untuk menjaga hati negara-negara lain, yang dinyatakan dalam kenyataan akhbarnya yang pertama apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Video rakaman komitmen beliau boleh dilihat melalui video di bawah:

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts