60 HARI YANG PENUH DEBARAN
Oleh Saiful Bahar Mohd. Arshad
15–September 2018
1. Port Dickson (PD) akhirnya jadi pilihan Anwar Ibrahim PD bakal menjadi penentu karier politik Anwar sama ada jadi Perdana Menteri atau tak jadi Perdana Menteri langsung.
2. Bila diumum PD jadi pilihan, Anwar berada di Hong Kong. Berkemungkinan besar bagi mengelak dikejar wartawan dari Malaysia.
KENAPA TIDAK MEMILIH PANDAN ATAU PERMATANG PAUH?
3. PANDAN. Kerusi Wan Azizah tidak dipilih kerana sekiranya Azizah kosongkan kerusi Pandan, secara automatik Azizah perlu melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
4. Ini hanya akan memberi peluang kepada Dr. Mahathir untuk membuat rombakan Kabinet. Siapa bakal ganti Azizah, berkemungkinan besar merupakan pilihan Dr. Mahathir.
5. Percaturan politik sedang dilakukan oleh TEAM ANWAR dengan begitu teliti. Percaturan politik balas – juga sedang dibuat oleh TEAM MAHATHIR-DAIM.
6. PERMATANG PAUH. Kenapa tidak pilih Permatang Pauh? Berkemungkinan kerana Nurul Izzah adalah merupakan pewaris politik Anwar. Anwar sudah berumur 71 tahun. Nurul adalah ‘up and coming politician‘, yang perlu terus berada dalam kalangan politik tanah air.
7. Maka, Port Dicksonlah yang menjadi pilihan hati Anwar.
8. Bila diumum saja, barulah jelas kelihatan penentang-penentang Anwar di dalam PKR iaitu:
Zuraidah.
Ambiga.
Tian Chua.
Azmin Ali.
9. Analisa yang dibuat sekiranya selepas PRK Port Dickson dan pemilihan dalam parti PKR menyebabkan berlaku perpecahan. Yang jelas ialah Azmin Ali perlu sekurang-kurangnya 32 Ahli Parlimen (dari PKR) untuk mengikuti beliau (Azmin), kalau tidak TUMBANGLAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.
10. Berkemungkinan juga sudah sampai masanya perpaduan 2 parti besar Islam dan Melayu menjadi realiti… PAS DAN UMNO. Insya Allah.
11. Sesungguhnya, 60 HARI YANG PENUH DEBARAN akan menjadi realiti.
KITA TUNGGU KESUDAHAN EPISOD DRAMA INI.
SAIFUL BAHAR MOHD. ARSHAD
15 September 2018