ISU SURAT PUTERA RAJA ARAB SAUDI, INI JAWAPANNYA – NAJIB

154
SHARES
498
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

17 September 2018

Terdapat satu artikel hari ini yang memetik kenyataan seorang penyiasat yang tidak dinamakan mendakwa semua surat berkaitan derma tidak ditandatangani oleh Putera Abdulaziz Al-Saud sendiri tetapi oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pembantu putera itu.

Mereka yang membaca artikel ini tanpa memikir dengan lebih mendalam akan membuat kesimpulan bahawa saya cuba memperdaya rakyat.

Adalah penting untuk kita ambil perhatian bahawa kesemua surat-surat yang diterima oleh bank dan saya itu menggunakan kepala surat Putera Abdulaziz Al-Saud dan kesemua surat berkenaan menggunakan tandatangan yang sama.

Pada ketika saya tidak boleh mengesahkan apa yang dikatakan penyiasat itu mengenai tandatangan itu, apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka.

Bagaimanapun, apa yang nyata ialah, artikel-artikel hari ini tidak menyatakan mengenai dokumen rasmi bank yang menunjukkan pemindahan-pemindahan dana yang mengiringinya dibuat melalui akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari bank akaun milik Putera Faisal bin Turkey bin Al-Saud di Arab Saudi.

Semua pemindahan-pemindahan dana juga tidak pernah dipertikaikan oleh bank penerima ataupun BNM.

Artikel itu turut memilih untuk tidak menyatakan fakta bahawa saya telah memulangkan RM2.6 bilion kepada Tanore beberapa bulan selepas menerimanya sebagaimana ditunjukkan oleh dokumen bank yang saya kongsikan minggu lalu. Pemulangan dana yang disebut RM2.6b ini turut diakui oleh WSJ melalui buku ‘The Billion Dollar Whale’. Ini membuktikan saya tidak mencuri atau menyimpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi dan saya bukanlah penyangak, penyamun atau pencuri sebagaimana dituduh pelbagai pihak.

Walaupun dokumen bank pemberian balik dan buku WSJ mengesahkan ini, pemimpin PH dan pihak siasatan masih tetap tidak mahu menyebut fakta ini.

Adalah penting juga untuk diberi perhatian bahawa surat pertama dengan kepala surat dan tandatangan yang sama bertarikh 1 Februari 2011 selepas Raja Abdullah berjanji akan membantu saya dengan dana dan diperkenalkan kepada Putera Abdulaziz Al-Saud dan Putera Faisal. Surat ini dihantar sebelum dana-dana daripada Putera Faisal dan Kementerian Kewangan Arab Saudi diterima.

Kemudiannya pada Jun 2011, kedua-dua Putera Abdulaziz dan Putera Faisal hadir di majlis pertunangan anak perempuan saya di Seri Perdana di mana saya turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menguruskan sumbangan derma bagi pihak Raja Abdullah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts