MAHATHIR AKHIRNYA MENGAKU MEMANGSAKAN ANWAR IBRAHIM?

1.1k
SHARES
4.2k
VIEWS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat oleh Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998 kerana dituduh sebagai peliwat dan telah mencetuskan reformasi besar-besaran menuntut keadilan buat Anwar dan supaya Tun Mahathir berundur.

Beliau juga digelar ‘MahaFiraun’ kerana menekan pembangkang dan memenjarakan semua seteru politik beliau dalam satu episod yang panjang sejak peristiwa 1998 tersebut.

Ironinya, Anwar dipecat kerana tuduhan liwat dan Mahathir sendiri mengakui Anwar tidak mungkin menjadi Perdana Menteri kerana masalah moral beliau.Namun di sebalik tuduhan liwat yang memalukan Anwar dan keluarganya, akhirnya beliau dipenjarakan selamaenam tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusan mahkamah membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah, kenyataannya kepada pemberita selepas ucaptama pada Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (Cepsi) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Namun kenyataan beliau bahawa kerajaan sebelum ini telah memangsakan semua pembangkang terlihat seperti menyindir dirinya sendiri dalam kes Anwar tersebut.

Selain pertuduhan bertukar dari liwat ke salah guna kuasa pada tahun 1998, kini Tun Mahathir mampu bekerjasama dengan Anwar untuk menjatuhkan kerajan Barisan Nasional. Tidak mungkin beliau ingin bekerjasama dengan seorang pesalah walau sewaras manapun beliau.

Kenyataan beliau yang dibuat hari ini juga jelas membuktikan Anwar tidak bersalah kerana seperti yang beliau katakan kepada pihak media, “kerajaan sebelum ini telah memangsakan semua pembangkang.”

“Ada kritikan tetapi seperti yang anda ketahui kerajaan sebelum ini telah memangsakan semua pembangkang (pada masa itu).”

“Ada ramai orang buat seperti apa yang dilakukan Lim tapi mereka tidak dipilih.”

“Mereka pilih Lim untuk tujuan tertentu, untuk menyingkirkannya.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts