UMNO PARTI KERAMAT DAN BUKAN PARTI TUMPANG KETIKA SENANG – ZAMIL IBRAHIM

457
SHARES
2.5k
VIEWS

UMNO parti keramat dan bukannya parti tumpang ketika waktu senang sahaja

Oleh Zamil Ibrahim

19 September 2018

11 September 2018 yang lalu, saya sertai kembali UMNO kerana saya merasakan inilah sebuah parti yang benar-benar menjaga rakyat tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa malah sebuah parti yang menepati janji-janji mereka.

Kemasukan saya ketika UMNO ditimpa kekalahan pada PRU-14, ketika UMNO/BN susah.

Pada pendapat peribadi saya, inilah masa bangsa Melayu terutama Islam, bersama-sama bersatu dalam satu persefahaman termasuk dengan berkerjasama dengan Parti PAS.

Namun jika alasan keluar UMNO oleh pemimpin tertentu atas sebab persefahaman ini maka alasan ini amat tidak masuk akal.

Saya percaya, ia adalah hanya sekadar alasan. Jika menyatakan UMNO kini telah berubah serta lari dari landasannya, harus kita akui, UMNO kini adalah sebuah parti pembangkang. Pelbagai kaedah perlu digarap semula.

Namun saya amat kecewa tokoh seperti Tok Pa juga boleh tergoda dengan bisikan seperti ini. Tok Pa seorang pemimpin UMNO, pakat-pakatlah mencorak UMNO ke arah yang lebih baik bukannya bertindak meninggalkan medan perang setelah kita kalah dalam peperangan dahulu. Masih banyak lagi peperangan di hadapan.

Sebagai ahli baru dalam keluarga UMNO, saya penuh yakin bahawa UMNO akan terus wujud serta berkembang walaupun ada beberapa jeneral-jeneral UMNO meninggalkan parti. Ramai sudah yang meninggalkan UMNO termasuk bekas Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain lagi.

Setelah mereka ini nikmati pelbagai keistimewaan sewaktu berada dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, tiba-tiba mereka tinggalkan UMNO. Namun UMNO akan terus wujud dan ada di bumi bertuah ini.

Saya percaya, satu dua hilang, akan datang lebih dari itu.

Zamil Ibrahim
Ahli UMNO
18 September 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts