MUSTAPA PERLU BERUBAH JIKA MAHU SERTAI PAKATAN – MAHATHIR

376
SHARES
2.2k
VIEWS

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed disindir oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana lambat meninggalkan UMNO.

Beliau sepatutnya meninggalkan UMNO lebih awal, kata Tun Mahathir Mohamad kepada pemberita di Anugerah Francais Malaysia 2018 di Putrajaya malam tadi.

“Barangkali dia dah sedar (tapi) lambatlah sikit. Patut sedar awal lagi. UMNO dah rosak baru nak keluar la ni. Tak apalah.”

Apabila diajukan pertanyaan oleh pihak mediam, Tun Mahathir berkata bekas pemimpin UMNO itu perlu menunjukkan beliau berbeza daripada sebelum ini sekiranya beliau ingin menyertai Pakatan Harapan.

Ini menunjukkan Mustapa masih berpeluang untuk menyertai kerajaan namun beliau perlu berubah, yang menguatkan spekulasi beliau akan menyertai Pakatan Harapan.

“Kalau nak ‘join’ PH kena tunjuk dia berlainan dari dululah.”

Mustapa sebelum ini mengejutkan ahli dan pemimpin UMNO apabila membuat keputusan untuk keluar parti yang telah menaunginya selama lebih 40 tahun.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts