HIKMAH DI SEBALIK MUSTAPA MENINGGALKAN UMNO

499
SHARES
2.4k
VIEWS

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyeru ahli-ahli UMNO agar menerima keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO dengan hati yang terbuka kerana kini UMNO mengenali siapa pemimpinnya yang benar-benar setia.

“Ini hikmah bila UMNO hilang kuasa. Baru kita tahu siapa yang betul-betul setia dan istiqamah dengan perjuangan UMNO dan kekal setia dengan UMNO saat susah dan senang.”

“Tun Mahathir (Mohamad) bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri 22 tahunpun keluar parti. Inikan pula bekas ahli MT dan bekas menteri kabinet. Kena terima dengan hati terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Armand juga menasihati Tok Pa agar tidak menghina UMNO apabila meninggalkan parti yang telah lama berjasa kepadanya serta menjaga hati ahli UMNO yang masih setia.

“Tapi janganlah hina parti yang banyak berjaya pada Tok Pa selama 40 tahun, parti inilah yang mengangkat Tok Pa dalam perjalanan hidup sebagai pemimpin politik.”

“Harap Tok Pa jagalah hati orang-orang UMNO yang setia pada parti.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts